Baca Buku Ganti LDP
Posted by Tropongjauh on 19/02/2010 09:17
PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA
PEMBACAAN BUKU SEBAGAI TAMBAHAN BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP
SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH
Komponen Bacaan :
1. Bidang Profesionaisme (60 %)
2. Kemahiran Profesionalisme ( 20% )
3. Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan ( 20% )
baca seterusnya....
Extended News
PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA
PEMBACAAN BUKU SEBAGAI TAMBAHAN BAGI MELENGKAPKAN KURSUS LDP
SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH
1.0 KOMPONEN BACAAN (Dicadangkan)
Buku-buku yang dibaca hendaklah berfokus kepada 3 bidang iaitu:
1. Pengetahuan Profesionalisme ( 60% )
• Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran
• Kandungan dan Kaedah Pedagogi
• Pengurusan Kurikulum
• Kreativiti dan Inovasi Pedagogi
2. Kemahiran Profesionalisme ( 20% )
• Kejurulatihan
• Penulisan ilmiah
• Kajian Dan Penyelidikan Ilmiah
• Kepimpinan
• Pengurusan Kewangan
• Pengurusan Strategik
3. Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan ( 20% )
• Nilai Dan Etika
• Komunikasi Berkesan
• Soft Skills
Guru dikehendaki membaca buku-buku dari Bidang Pengetahuan Profesionlisme, Bidang Kemahiran Profesionalisme dan Bidang Nilai Dan Amalan Profesionalisme Keguruan mengikut peratusan dan kesesuaian seperti yang diunjurkan di atas. Setiap buku ilmiah tersebut mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 50 halaman.