SELAMAT DATANG KE PORTAL ILTIZAM SK RAPAT JAYA , IPOH. PERAK DARUL RIDZUAN
GURU-GURU SK RAPAT JAYA
Penggerak Dan Penjana Kecemerlangan Iltizam
PIAGAM PELANGGAN
PIAGAM PELANGGAN SKRJ
KAMI WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN RAPAT JAYA IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
Memastikan semua murid-murid mendapat tempat yang sesuai, selesa dan selamat sepanjang masa disamping membimbing mereka ke arah peningkatan nilai murni dan kasih sayang.
Memastikan kami sentiasa peka dan responsif serta perihatin kepada kehendak dan keperluan Pelanggan (murid / guru), Masyarakat (ibu / bapa) dan Negara (PPD Kinta Utara / JPNPk / Kementerian Pelajaran Malaysia)
Memastikan murid-murid di sekolah ini mendapat peluang yang seluas-luasnya untuk memperkembangkan kebolehan dan potensi mereka seterusnya membimbing mereka menjadi individu yang progresif, kreatif, aktif dan produktif serta cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Bahawasanya warga pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta kepercayaan profesional untuk memberi pendidikan yang menyeluruh dan berkualiti.
Bahawasanya sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawabnya bagi melahirkan warga berkualiti serta dapat memberikan sumbangan yang positif kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Sentiasa berdisiplin dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Sekiranya anda kurang berpuas hati sila hubungi
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA
LEBUH CATUR
30450 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN